Bismillahirrahmanirrahim.
Yakinkah kita bahawa segala amalan kita selama ini akan diterima oleh Allah? Ketahuilah sahabat-sahabat, bahawa sesungguhnya salah satu syarat penerimaan Ibadah seseorang Muslim itu adalah dengan menepati kehendak syarak. Maka bagaimanakah kita mahu mengetahui apakah itu cara-cara yang mengikut kehendak syarak itu. Tiadalah diutuskan Rasulullah, Muhammad s.a.w melainkan antara hikmah baginda diutuskan adalah untuk mengajar Manusia, cara-cara yang betul, beribadah kepada Allah.
Yakinkah kita bahawa segala amalan kita selama ini akan diterima oleh Allah? Ketahuilah sahabat-sahabat, bahawa sesungguhnya salah satu syarat penerimaan Ibadah seseorang Muslim itu adalah dengan menepati kehendak syarak. Maka bagaimanakah kita mahu mengetahui apakah itu cara-cara yang mengikut kehendak syarak itu. Tiadalah diutuskan Rasulullah, Muhammad s.a.w melainkan antara hikmah baginda diutuskan adalah untuk mengajar Manusia, cara-cara yang betul, beribadah kepada Allah.
Fitrah manusia akan mengaku, mereka hidup bertuhan. Ya, hal itu benar. Cuba perhatikan masyarakat Arab Jahiliyyah. Mereka hidup bertuhan. Mengaku bahawa Tuhan itu ada. Namun mereka tercari-cari, meraba-raba, bagaimanakah caranya, mereka dapat memanifestasikan rasa cinta mereka pada Pencipta Alam. Maka bermulalah mereka mencipta ibadah-ibadah, agar mereka dapat menyempurnakan fitrah mereka, iaitu fitrah hidup bertuhan. Manusia bertuhan pasti beribadah. Tidak dapat dinafikan.
Namun diterimakah ibadah mereka? Tiadalah diterima ibadah jahiliyyah mereka itu. Wallahu Subhanahuwa Taala A'la wa A'lamu bissawab.
Maka sahabat-sahabat, tuntutlah ilmu dalam beribadah kepada Allah.
sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan ( ibadat ) bukan mengikut ( spesifikasi ) cara kami, maka ia adalah tertolak” ( sahih Muslim No: 1718 )
Intro yang terlebih panjang. Maka sahabat-sahabat sekalian, Pihak UPI batch dengan penuh rasa tanggungjawab, menganjurkan Kelas Fardhu Ain, Mukhtasar Abi Syuja'. Agar ibadah kita selama ini tiadalah menjadi sia-sia. Dan agar tiadalah kami ini dipersoalkan atas tanggungjawab ketika di akhirat kelak yang mana pada hari tersebut manusia saling salah menyalahi antara satu sama lain. Juga pada hari kiamat, tidak mungkinlah kita mampu saling menolong pada hari di mana seorang tidak mampu menolong sahabat yang lain. Maka atas perasaaan al-Hubb Fillah, kami mengambil kesempatan hidup di atas dunia yang sementara ini untuk membantu sahabat-sahabat sekalian. Biarlah tidak di akhirat sana.
Sahabat-sahabat juga perlu ingat. Inilah masanya yang sesuai untuk kita menuntut ilmu. Percayalah, apabila kita menjadi doktor(insya-Allah) nanti, nescaya sukar sudah untuk kita menuntut ilmu wajib ini. Sibuk! Untuk Ikhwah, berfikirlah untuk masa hadapan. Andalah yang bertanggungjawab mendidik isteri dan anak-anak dalam hal ini. Orang yang tidak memiliki tidak dapat memberi. Kena ingat tu. Beruntunglah para ibu bapa apabila anak-anak mereka sendiri mampu memandikan jenazah, serta menyembahyangkan jenazah mereka sendiri. Bukankah itu lebih afdal? Mana mungkin kita dapat melakukan perkara itu andai tiada ilmu. Berusahalah menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Tiadalah apa yang ibu bapa kita harapkan selain daripada itu.
Oleh itu sahabat-sahabat, detail-detail program seperti di bawah.
Insya-Allah kelas untuk ikhwah akan bermula pada hari Khamis ini. Manakala untuk akhawat seperti berikut:
Kitab yang akan kita gunakan ialah kitab Mukhtasar Abu Syuja' . Dukacita dimaklumkan, kitab yang bersaiz seperti yang ditunjukkan kepada umum tidak mencukupi untuk menampung keterujaan sahabat-sahabat dalam membedah kitab tersebut. Untuk stok yang baru pula, mungkin akan tiba lewat kerana kitab tersebut dicetak di Arab Saudi. Jadi, kami mengambil inisatif untuk memenuhi keterujaan sahabat-sahabat dengan kitab yang sama, namun bersaiz comel. Dan harganya juga amat berpatutan. Berikut detailnya.
Nama kitab : Mukhtasar Abi Syuja' : Matan al-Ghayah wa al-Taqrib
Muallif : al-Imam al-Allamah Abi Syuja' Ahmad Ibnu al-Hussain bin Ahmad al-Asfahani asy-Syafii'
Harga: 1.50 LE
Disebabkan harganya agak rendah, maka di sini, kami mencadangkan bahawa sahabat-sahabat menderma sebanyak 0.50 LE untuk keberlangsungan program kita ini. Dan 11 LE yang lain insya-Allah akan dipulangkan semula. Jadi harga kitab tersebut ialah 2 LE.
| Kitab kecil sebesar tapak tangan |
| Saiz yang kecil molek memudahkan ia dibawa ke mana-mana dan memudahkan pengulangkajian. |
| Tulisan dilengkapi dengan baris memudahkan beginner seperti kita untuk membaca kitab-kitab Arab |
Disebabkan kitab ini kitab Arab, maka dinasihatkan sahabat sekalian dapat menyediakan buku nota untuk mencatat segala mutiara-mutiara ilmu yang disampaikan oleh tenaga pengajar. Ingin dinyatakan juga, moleklah jika kita dapat mencatat segala makna yang diterangkan oleh ustaz dan ustazah di atas perkataan-perkataan arab yang terkandung semasa kita mempelajari kitab ini.
Semoga dengan ilmu yang sedikit ini akan dapat menjadi hujah bagi kita dan akan diganjar dengan pahala dan kasih sayang daripada Allah. Dan diharapkan dengan ilmu-ilmu ini, kita dapat beribadah dengan yakin. Sekian Terima kasih. Sebarang masalah bolehlah menghubungi individu-individu berikut:
AHYAD BIN MD DESA : 01113001355
NUR NADIA BINTI RAZALI : 01110073499
REMIND ME, ALLAH KNOWS THE BEST






.jpg)

kelas untuk akhawat tu mingguan ke?
ReplyDeleteInsya-Allah, bukan akhawat sahaja mingguan, bahkan ikhwah juga mingguan.. Setiap minggu sekali..
ReplyDelete